Sunday, October 31, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah sy dikurniakan SUAMI sepertimu..

ttibe post entry cmni kan..hehe..ekceli rse terharu sgt lately my hubbyChuby smakin caring, romantik smnjak ank dh mningkat besar.. sbb ape tu biarlah rahsia..hanye aku dan dia saja yg tau..cewahhhh!

saje layan perasaan. . . :)

Jom Joint Cinta-Craft Giveaway!!

jom reramai joint giveaway from http://cinta-craft.blogspot.com/

yg bertuah akan dpt adiah menarik ...

so jom ler kite joint reramai...

tq!

LUCKY DRAW ANAK AYAH!!

salam sume...
pagi ni bukak blog ttibe de nmpk de lucky draw anak ayah ni..pe lg kn,sy pon joint le skaki..hehe..kwn2 nk joint tu boley la yer belek2 kt die nye link kt bwh ni..tarikh ttp pada 12 nov 2010.
http://adyshariz.blogspot.com/2010/10/lucky-draw-anak-ayah.html


taraa~

Tuesday, October 26, 2010

sakit pinggang

sakit pinggang sakit blakang....

adoiii sejak 2 mnjak nih, asyik sakit blakang jer..xtau la npe gaknye..hmm gaknye sy byk baring kt simen kot..gaknye laa..makin menjadi2 skang,nk tndk mase solat pn ssh..babadear nasihat kan sy pegi urut bdn sbb dh lame sgt xurut bdn sejak dr lps pantang hr tu..ekceli sy ni 'penggeli', itu yg xbrape nk suke mengurut..tp utk kesihatan sy bersama suami, sy akur jua..
alkesahnye....

tmpt urut dh pn jmpe, tggu mase jer nk pegi, mslh bru lak skang sy belom didatangi 'pe'ot'.... adoiii mcm mane tuh..mama sy lak nsht kn jgn pegi urut lg,kalau2 ade bby lam perot tu,xelok...nnt mgganggu tumbesaran die lak..mcm mne tu???? sakit pinggang mkin mnjadi2 nih..

so sy terpakselah tggu kedatangan pe'ot tu dlu...wahai pe'ot ko dtg lah kpd ku...weeee...
tp baba cm xcited jer bile sebut sal xdtg pe'ot lg, die cm tringin nk bby lg jer..adoiiii..sy perasan kt umah bile baba berdialog cmni :

baba: ayg......jgn bg awish pijak perot tu, kang klu2 ade bby kang,sakit die..
(tatkala awish memijak perotku)

dlm hati terdetik, baba ni dh kempunan nk bby gurl sgt ker..hehe..

huh sebut lak psl budak awish nih....mcm2 citer die skang...dh clever!! ade ker patut, die dh lepas nguap mulot besar2 bukak, die bleh cakap 'antuk'!!! walhal mlm tuh die tdo seawal jam 8mlm ok! geram rasenye..xckup2 tdo lg ker..ishk!! awish2..... hm mcm2 laaa.... papepon awish skang dh petah bcakap..mcm2 nk di cakap nye... smpai kan ibu dh naik rimas...huhu~

okla yer, berhenti disini saje tuk entry kali ni..smpai ketemu lg... taraaa~

Monday, October 25, 2010

KATA ORANG BUNCIT TANDA ROMANTIK


Ramai orang yang memperkatakan tentang sifat2 seseorang daripada fizikal semulajadi seseorang dan salah satu daripadanya adalah perut. Macam-macam sifat atau karektor yang dikatakan bergantung kepada keadaan perut seseorang. Ada yang kata kurus orangnya penjimat. Buncit of coz lah kuat makan dan ada juga yang mengatakan orang buncit atau bahasa lembutnya boroy ni romantik. Betul ke? Emmm tang mana yang dikatakan romantik ni ye, adakah disebabkan kebuncitan itu sendiri yang menampakkan mereka ini kelihatan comel dan sekaligus menyerlahkan keromantikan mereka? Rata-rata mereka yang berbadan besar mempunyai suara yang lunak dan boleh menyanyi. Mungkin ini jugak merupakan salah satu sebab mereka romantik. Secara puratanya mereka yang berbadan besar dan boroy ni tidak mempunyai stamina yang tinggi ( kecuali ahli sukan dan dan dalam hal2 tertentu ) dan keadaan ini jugak menyebabkan mereka mudah penat dan situasi ini mempengaruhi mood mereka iaitu dapat mengurangkan mood rasa marah disebabkan kekurangan stamina. Mereka yang berperut buncit jugak kadangkala sedar yang mereka berperut buncit menyebabkan mereka mempunyai pelbagai ilham dan idea meromantikkan keadaan sehinggakan pasangannya tidak ‘sedar’ kebuncitan perut mereka.. kata oranglah.

Motifnye...adakah ditujukan pd my hubby chubby?!
hehe ade la ckit2 sbb nye my baba skang dh maju kedepan perot nye..kikiki...

Thursday, October 21, 2010

Mengimbas Kembali

kenangan semalam. ..

oh sy tidak pernah lupe akan memory2 smalam..ianye terpahat dlm sanubari sy.. i lov my memory! ok sy akan entry kan picca2 kenangan semalam ok! adoiii tp jgn golak yer tawan2. . .

ini semasa bru2 kawen yer..fresh lg u! haha lawak kan..mase ni my hubby masih slim melim..kah kah kah..klu die tau sy entry kan pic ni die mesti hangin ni..kikikiki

op'ss ini lak mase mule2 kt putrajaya..n sblm peknen..hehe..


dan lg...

2thn slps itu sy dh peknen..hehe mase ni lah paling best skali! sbb nye dh peknen..sgt la teruja,terutama my hubby la..mmg caring lbh laa.. best sgt!!! mse ni dlm 6 7 bln cmtu la..hehe awish kt lam perot ibu tu~~~weeee

ohhh sy sudah pon melahirkan bby awish..hehe..1 hari..at hospital KB,trus kua hr tu tau sbb xde mslh..muke ibu pucat ngat wktu tu, hehe maklumlah bru pas bersalin..awish kecik sgt,cute!! tp lahir nye 3.0kg tau..huhu..


dan inilah die org nye..weee..cute kan!!! baby awish yg nomey3~~


.............................................................



oh baba !

tonite~~

mlm ni de misi penting bersama babacyg.. baba ajak candle light dinner kt KL.. tah la ape mimpi die ajak dinner jauh2 mlm ni..rindukan suasana roman antik ler tu..hmm klu baba, ibu dh knl sgt ngn pangai die..sbb nye skang sy trlalu titik berat kan awish, psl die bru lps demam..so xsmpt lah nk mnjekan baba..huhu..sori yer baba,ibu leka ckit..op'ss dh agak lwt dh ni,ibu dh nk blk ni tuk penuhi jnji2 ibu pd baba..jmpe kt umh t yer~~

tara~~~

Wednesday, October 20, 2010

Oral Seks dan Perbincangan Hukumnya

Ustaz, apakah hukum ‘oral sex' ? atau dalam kata lainnya seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami. Bagaimana pula jika ia dilakukan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin, adakah ia zina? Jika tertelan air mani suami pula ustaz, bagaimana ye?..Terima kasih atas jawapan ustaz.


- Anak Empat -

JAWAPAN

Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya' dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks' tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks', adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex' atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktiviti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-undang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,

"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex' dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan"

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men‘generalize' semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks'?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.



KESIMPULAN

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah' kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penjara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua"

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak. Fikirkan...

Sekian

Tuesday, October 19, 2010

20102010

tarikh yg agak comey~~

xtau nk ciptakan ape pd tarikh ni..mcm xde yg menarik jer hr ni..

entry yg xde kene mengena~~ weeeee
ekceli ni pic mse pegi beraya kt umah ijan kt puchong hr tu..

eh ade lg 1 lg pic nk di entry kan:~
..lov u olls..

Tuesday, October 12, 2010

jom joint contest!!!

CUTEST BABY CONTEST BERSAMA SINAR RAUDAH



jom la kawan2 yang ada anak atau anak sedara join ini punya contest.. dapat join jadilah kalo xleh menangkan.. jom klik http://sinarraudah.blogspot.com..

ini dia pic my little son...

Nama : Muhamad AlfeeShah Darwisy Bin Suhaimi
Umur : 1 Tahuan 2 Bulan
Nama Ibu : Arda Syuhada Ab.llah

taraaaa~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...